Tuesday, 25 April 2017

Ekspo Ria & Jamuan Laksa

JOM-JOM PAKAT MAGHI!!!
Sambil makan kita menderma ke dalam tabung PIBG SKSK.
Pelbagai acara menarik disediakan untuk abe, adik, kakok, mok, ayah...

Dapatkan kupon untuk makan laksa dan menderma daripada AJK PIBG.



 




Sunday, 23 April 2017

Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Bharu

Kita menang lagiii!! Tahniah! Tahniah! ALHAMDULILLAH..dipanjatkan kesyukurun pada ILLAHI kerana memberikan lagi kami title JUARA BOLA JARING KOTA BHARU SELATAN BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT MSSD yang berlangsung di Kompleks Sukan, Wakaf Mek Zainab pada 20 dan 21 April. 

Lebih 40 buah sekolah yang menyertai kejohanan ini dan pasukan SKSK dengan semangat juang yang tinggi serta skill  yang baik hasil tangan jurulatih (cikgu-cikgu SKSK) telah berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun  ini. 

Perlawanan pertama : menang tanpa saingan sengit dengan SK Gondang (12-01)
Perlawanan kedua : menang lagi dengan SK Kg. Chengal (12-01)
Perlawanan suku akhir : menang bergaya dengan SK Kadok (13-03)
Perlawanan suku akhir : menang tipis dengan SK Perol (07-05).
Perlawanan akhir : mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan SK Beta Hulu (11-1) 

Pasukan bola jaring yang diketuai Pn. Halimah mendapat sokongan dan latihan yang padu daripada Pn. Hjh. Mastura Mohamed (PK HEM SKSK) akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat negeri pada bulan Ogos nanti. Semoga berjaya!! Gomo SKSK gomo!! SKSK tetap nombor 1! Insya ALLAH...


 

Sunday, 16 April 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD


 PENANTIAN SELAMA 14 TAHUN terbalas apabila pasukan bola sepak SK Seri Ketereh menggondol Kejuaraan Bola Sepak MSSD bagi Kota Bharu Selatan. Pasukan SKSK berjaya mengalahkan SK Seri Melor (dengan jaringan penalti 2-1).

Pasukan bola sepak memulakan perjuangan peringkat kumpulan mereka pada 15 April 2017 di padang SK Padang Kala. Pasukan bola sepak mara ke suku akhir dengan mengalahkan
SK Kok Lanas (penalti 3-1). Kemudian, sebelah petangnya pasukan bola sepak mengalahkan SK Seberang Pasir Mas dengan kemenangan 1-0.

Pada 17.4.2017, hari yang mencipta sejarah kepada warga SKSK di mana pasukan bola sepak bawah 12 tahun menjuarai Kejohanan Bola Sepak MSSD bagi Kawasan Kota Bharu Selatan 2017. TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! kepada jurulatih dan pemain-pemain.
Teruskan usaha kalian untuk menjuarai peringkat negeri pada bulan Julai nanti.
 




Saturday, 15 April 2017

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2017

Alhamdulillah...Selesai sudah Perkhemahan Agung Unit Beruniform tahun ini. Selama 3 hari (13 - 15 April 2017) guru-guru dan 150 orang peserta perkhemahan berkampung di Resort Sri Nipah, Kuala Nipah, Bachok dan menjalankan aktiviti dengan jayanya. Penat lelah selama ini merancang dan mengadakan latihan bebaloi apabila semua aktiviti dapat disempurnakan dengan kerjasama semua.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dirancang oleh unit Ko-kurikulum yang diketuai oleh En. Khairul Faezi selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum SKSK dan dibantu oleh Kem Komander: Cikgu Noor Hashiman dan Penolong Kem Komander: Cikgu Redzuan. Pihak urusetia pula bertungkus lumus memastikan perut peserta disi dan aktiviti berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dengan dibantu semua guru-suru SKSK. Peserta juga berasa sangat seronok di samping dapat merehatkan minda di pantai yang bersih dan indah.Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. 
 











Thursday, 6 April 2017

MTQ PPD Kota Bharu

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat PPD Kota Bharu telah berlangsung di SK Zainab 1 pada dengan jayanya.
SK  Seri Ketereh telah menghantar beberapa orang peserta yang mewakili QIT Melor.

Keputusan:
1. Ku Imtiyaz b. Ku Munawer (Johan: Hafazan Lelaki)
- akan mewakili PPD Kota Bharu ke peringkat Negeri di Kuala Krai pada 13 April 2017.

2. Mohd. Naqib b. Hisham (Tempat ke-3: Kategori Bercerita Lelaki)

3. Afiqah Irdina Mohd Yusoff (Saguhati: Bercerita Perempuan)

Tahniah kepada semua pemenang!!!
Selamat berjaya buat adik Ku Imtiyaz! SKSK Boleh!!



Pesta Buku Negeri Kelantan

Pada 6 April 2017 (Khamis) seramai 70 orang murid diriingi 6 orang guru telah menyertai rombongan ke Pesta Buku Negeri Kelantan Kali ke 42 Anjuran bersama  Jabatan Pendidikan Kelantan dan Pustaka 2017 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Lawatan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah adalah  bertujuan menggalakkan murid minat membaca dan merasai suasana sebenar lawatan ke Pesta Buku bersama-sama rakan dan guru. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 8.30 pagi dan pulang ke sekolah jam 12.30 tengahari. Pelbagai buku, majalah, novel, komik, buku aktiviti dan acara disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat para pengunjung.

Saturday, 1 April 2017

PELANCARAN NILAM 2017

Saban tahun program nilam bagi setiap sekolah akan diadakan bagi membina budaya ilmu dengan memupuk minat membaca di kalangan murid-murid. Pada tahun ini, sekolah mensasarkan peningkatan yang lebih baik melalui pencapaian anugerah nilam, emas, perak dan gangsa. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed Rohim bin Mohamed di hadapan murid-murid serta guru-guru SKSK.

Gimik perasmian pelancaran Nilam 2017 telah dilakukan oleh Guru Besar dan semua Penolong Kanan. Majlis turut diserikan dengan persembahan bercerita dalam Bahasa Melayu dan Inggeris oleh pelajar terpilih.
"Amalan Membaca, Menjana Minda Bestari'