Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU SK SERI KETEREH


Ucapan Selamat Hari Guru daripada YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad
 (Adun Kok Lanas/Pengerusi KADA)

Sumbangan kek dan kad ucapan daripada Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Anuar Musa (Ketua UMNO Bahagian Ketereh) oleh wakil Setiausaha UMNO YKK


 Sumbangan kek daripada Bank Islam Pasir Tumboh





Saturday, 6 May 2017

Friday, 5 May 2017

Himpunan Memperingati Perjuangan Bangsa

Sedang berlangsung di padang SK Seri Ketereh dan dihadiri ribuan penduduk sekitar bandar Ketereh, Melor, Kok Lanas dan Kota Bharu. Perbincangan hangat dan penuh dengan info oleh panel-panel yang dijemput khas.

 



Thursday, 4 May 2017

Perkhemahan Perdana Gabungan Pasukan Kadet Remaja dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Jabatan Pendidikan Kelantan 2017

JPN Kelantan telah menganjurkan satu perkhemahan perdana yang melibatkan semua peserta yang terpilih dari seluruh negeri Kelantan pada 2 hingga 4 Mei 2017 bertempat di Kem Telaga Bijih, Kampung Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

SKSK telah menghantar 2 orang wakil ahli TKRS iaitu Adik Ahmad Faiz Izzuddin bin Aziz (5I) dan  Nurul Fatihah Balqis binti Haris (5A). Pelbagai pengisian aktiviti sepanjang dua hari perkhemahan antaranya memasang khemah, ikhtiar hidup, pertolongan cemas, membina gajet dan persembahan kebudayaan. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YBrs. Hj. Abdullah bin Mat (KetuaSektor Pengurusan Kemanusiaan, JPN Kelantan).



Wednesday, 3 May 2017

Lawatan Nazir Untuk Pemeriksaan Amalan Terbaik KBAT 2017

Selama 2 hari, 4 orang jemaah nazir dari JPN berkampung di SK Seri Ketereh untuk memantau dan melakukan pemerhatian terhadap  amalan KBAT dalam suasana PdPc dan aktiviti di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk meningkatkan lagi penggunaan amalan  KBAT dalam pelaksanaan PA21. Tahniah kepada semua warga SKSK kerana memberikan komitmen dan usaha sehabis baik sepanjang pemantauan ini. Semoga kita dapat mengekalkan momentum SKSK NOMBOR 1!!!





Tuesday, 2 May 2017

Kejohanan Hoki Terbuka MSSD Kota Bharu 2017

Kejohahan hoki MSSD berlangsung di Padang Astroturf Kijang Emas, Pasir Mas, Kelantan pada  2 Mei  2017. Pasukan Lelaki dan Perempuan 12 tahun ke bawah SKSK telah menunjukkan prestasi terbaik tahun ini dengan mendapat tempat ke empat keseluruhan Zon Kota Bharu Selatan.Tahniah kepada pemain-pemain dan jurulatih yang saban hari membuat latihan. Semoga kita akan memperolehi keputusan yang lebih manis tahun  hadapan.