Thursday, 26 January 2017

Kejohanan Bola Tampar MSSD

Kejohanan Bola Tampar MSSD saban tahun diadakan bagi mengilap bakat-bakat baru murid yang berkemahiran dan berkebolehan dalam permainan ini. Pada kali ini, kejohanan diadakan di SMK Salor selama 2 hari iaitu 25 & 26 Januari 2017. Sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu yang terlibat adalah sebanyak 25 buah sekolah bagi pasukan lelaki dan 18 buah sekolah bagi perempuan.

Pasukan bola tampar lelaki layak hingga ke peringkat suku akhir, manakala pasukan perempuan hanya dapat bermain sehingga pusingan ke 2 saja. Jangan putus asa!! Tahun depan lipat gandakan usaha dan latihan untuk merangkul kejuraan sebagai Johan MSSD. Insya ALLAH...


Sunday, 1 January 2017

PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2017

Tarikh mula : Minggu Orientasi (Minggu 1 & 2)
                   : 01 Januari 2017 (Ahad)

Tarikh tamat : Minggu Ketiga
                    : 19 Januari 2017 (Khamis)

Program ini telah dijalankan selama 3 minggu mengikut jadual aktiviti yang telah disediakan oleh jawatankuasa program dan dijalankan mengikut jadual kelas yang telah disediakan oleh pihak pentadbir sekolah. Program ini banyak membantu murid-murid  Tahun 1 mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana PdPC dalam kelas, aktiviti fizikal iaitu sukan dan yang paling penting sikap kerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut adalah sesi beramah mesra bersama Tuan Guru Besar, lawatan ke bangunan-bangunan/sekitar kawasan sekolah/taman sains/, senamrobik, pengurusan diri, pertandingan kolaj/mewarna, permainan meniup belon/plastisin (didik hibur) dan taklimat khas daripada Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Pn. Aida Hayati bt Saupi.

Majlis penutup yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah dengan kehadiran semua murid Tahun 1, guru-guru Tahun 1 dan pihak pentadbir turut dikunjungi oleh Pegawai JPN. Pelbagai pesanan, ingatan dan nasihat diberikan kepada murid-murid bagi menghadapi persekolahan mereka pada hari yang seterusnya. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada semua murid kerana mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan jayanya.