Thursday, 26 January 2017

Kejohanan Bola Tampar MSSD

Kejohanan Bola Tampar MSSD saban tahun diadakan bagi mengilap bakat-bakat baru murid yang berkemahiran dan berkebolehan dalam permainan ini. Pada kali ini, kejohanan diadakan di SMK Salor selama 2 hari iaitu 25 & 26 Januari 2017. Sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu yang terlibat adalah sebanyak 25 buah sekolah bagi pasukan lelaki dan 18 buah sekolah bagi perempuan.

Pasukan bola tampar lelaki layak hingga ke peringkat suku akhir, manakala pasukan perempuan hanya dapat bermain sehingga pusingan ke 2 saja. Jangan putus asa!! Tahun depan lipat gandakan usaha dan latihan untuk merangkul kejuraan sebagai Johan MSSD. Insya ALLAH...


1 comment:

  1. Pengalaman utk cikgu gak....sbb dapat g hantar n dpt tgk anak-anak murid bermain...cuba lagi thn depan....

    ReplyDelete