Kejohanan badminton MSSD Kota Bharu telah berlangsung pada 12 Februari 2017 bertempat di Dewan Badminton Kelantan, Jalan Telipot. Sekolah yang terlibat adalah sekolah kawasan Kota Bharu Selatan. SK Seri Ketereh telah menghantar wakil/pemain seramai 6 orang iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Peserta adalah mewakili acara individu/perseorangan bagi kategori 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada seorang pemain individu lelaki kerana berjaya ke peringkat suku akhir, manakala 4 orang lagi pemain lagi hanya berjaya di peringkat pusingan ke 3 dan seorang pemain kecundang di peringkat awal.

No comments:
Post a Comment