Program anjuran bersama Unit HEM kolaborasi Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Seri Ketereh dan IPDKB Cawangan JPJKK ini dilaksanakan pada 5 Februari 2017 (Ahad) telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed Rohim b. Mohamed. Majlis turut dihadiri wakil dari IPD Kota Bharu iaitu Sarjan Rosimi bin Musa (IPDKB), Kopral Khairi bin Md. Nor (IPDKB) dan Kopral Abdul Rahim bin Abdullah (Polis Penghubung - Balai Polis Ketereh).
Program ini bertujuan mewujudkan komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaaan undang-undang dan mencegah salah laku di kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak diharap dapat memastikan risiko salah laku di kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

Majlis perasmian turut dilancarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.

No comments:
Post a Comment