Tempat : Dewan Nurani, PPKI SK Seri Ketereh
Kem berlangsung dengan jayanya di bawah kendalian Unit HEM, Unit Pusat Sumber serta Unit Bimbingan & Kaunseling dengan bantuan daripada barisan Smart Support team (SST) seramai 4 orang. Kem bermula apabila para peserta seramai telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dimulakan dengan ceramah "Pemimpin Cemerlang" oleh Pn. Ibu Wan Shapiah Wan Abdulrahman (SMJK(C) Chong Cheng). Antara isi penting yang disentuh oleh Ibu adalah berkenaan dengan peribadi/ciri-ciri seorang pemimpin yang perlu dijadikan amalan untuk menjadi pemimpin hebat yang dihormati.
Pelbagai aktiviti telah diatur sepangjang hari kem berlangsung antaranya ialah beberapa slot LDK dan Explorace. Antara permainan yang menarik minat peserta adalah permainan otak, permainan tayar gergasi & rakit. Fasilitator yang terdiri daripada 3 orang SST iaitu En. Mohd. Rohimi b. Dollah (SK Paloh, Pintu Geng), Pn. Norizwani bt. Zakaria (SK Salor) dan Pn. Salina Ahmad (SK Kem Pengkalan Chepa) telah menggunakan beberapa teknik seperti NLP, HIPNO & GAMES untuk memastikan aktivitinya kreatif dan menarik.
Pihak penganjur melahirkan rasa bersyukur dan berpuas hati dengan kejayaan kem ini dan di mana kem ini telah memberikan impak yang cukup bermakna ke dalam hati para peserta iaitu bakal pemimpin kita pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment