Majlis disempurnakan dengan ceramah motivasi keibubapaan & murid-murid Tahun 6 oleh Dr. Wan Rozeb bin Wan Salleh dari Ummi Motivation and Consultant. Para hadirin begitu teruja dan tertarik dengan isi ceramah beliau dan di penghujungnya..masing-masing menitiskan air mata apabila lagu Bonda nyanyian Aisyah dialunkan. Murid-murid turut meminta maaf dan saling berpelukan dengan ibu bapa masing-masing. Di harap, program ini dapat membantu memberi kesedaran dan motivasi kepada ibu bapa dan murid, calon UPSR.
Saturday, 25 February 2017
Program Motivasi Keibubapaan & Murid-murid Tahun 6 2017
Majlis ini berlangsung pada 25 Februari 2017 (Sabtu) pada jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka SK Seri Ketereh. Kehadiran murid-murid bersama ibu bapa amat penting untuk mendedahkan peranan dan tanggungjawab mereka bersama dalam meniti hari menghadapi peperiksaan, dengan tujuan meningkatkan kualiti dan kuantiti pada keputusan UPSR 2017.
Majlis disempurnakan dengan ceramah motivasi keibubapaan & murid-murid Tahun 6 oleh Dr. Wan Rozeb bin Wan Salleh dari Ummi Motivation and Consultant. Para hadirin begitu teruja dan tertarik dengan isi ceramah beliau dan di penghujungnya..masing-masing menitiskan air mata apabila lagu Bonda nyanyian Aisyah dialunkan. Murid-murid turut meminta maaf dan saling berpelukan dengan ibu bapa masing-masing. Di harap, program ini dapat membantu memberi kesedaran dan motivasi kepada ibu bapa dan murid, calon UPSR.
Majlis disempurnakan dengan ceramah motivasi keibubapaan & murid-murid Tahun 6 oleh Dr. Wan Rozeb bin Wan Salleh dari Ummi Motivation and Consultant. Para hadirin begitu teruja dan tertarik dengan isi ceramah beliau dan di penghujungnya..masing-masing menitiskan air mata apabila lagu Bonda nyanyian Aisyah dialunkan. Murid-murid turut meminta maaf dan saling berpelukan dengan ibu bapa masing-masing. Di harap, program ini dapat membantu memberi kesedaran dan motivasi kepada ibu bapa dan murid, calon UPSR.
Sunday, 12 February 2017
KEJOHANAN BADMINTON MSSD
Kejohanan badminton MSSD Kota Bharu telah berlangsung pada 12 Februari 2017 bertempat di Dewan Badminton Kelantan, Jalan Telipot. Sekolah yang terlibat adalah sekolah kawasan Kota Bharu Selatan. SK Seri Ketereh telah menghantar wakil/pemain seramai 6 orang iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Peserta adalah mewakili acara individu/perseorangan bagi kategori 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada seorang pemain individu lelaki kerana berjaya ke peringkat suku akhir, manakala 4 orang lagi pemain lagi hanya berjaya di peringkat pusingan ke 3 dan seorang pemain kecundang di peringkat awal.
Saturday, 11 February 2017
Majlis Temu Mesra Kecemerlangan UPSR 2017 Ibu Bapa & Guru Tahun 6
"GILAP A, ASAH BC, SAPU DE"
"Itulah harapan kami para guru-guru kepada murid-murid Tahun 6 SKSK" ujar Pn.Wan Kasma Hj. Yusuff selaku Setiausaha Kecemerlangan UPSR 2017 di majlis yang berlangsung pada 11 Februari 2017 (Sabtu) di Dewan SK Seri Ketereh. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar dan seterusnya oleh YDP PIBG En. Ahmad bin Deraman.
Penolong Kanan Pentadbiran turut menyampaikan taklimat program kecemerlangan UPSR sepanjang tahun 2017. Ketua Panatia juga memberi penjelasan tentang format baru bagi setiap subjek. Seramai 162 orang ibubapa hadir dan telah diberikan jadual latihan kecemerlangan untuk sepanjang tahun. Semua guru yang mengajar Tahun 6 turut hadir memberikan sokongan bagi memastikan program ini berjalan lancar.
KEM KEPIMPINAN PELAJAR
Tarikh : 11 Februari 2017 (Sabtu)
Tempat : Dewan Nurani, PPKI SK Seri Ketereh
Kem berlangsung dengan jayanya di bawah kendalian Unit HEM, Unit Pusat Sumber serta Unit Bimbingan & Kaunseling dengan bantuan daripada barisan Smart Support team (SST) seramai 4 orang. Kem bermula apabila para peserta seramai telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dimulakan dengan ceramah "Pemimpin Cemerlang" oleh Pn. Ibu Wan Shapiah Wan Abdulrahman (SMJK(C) Chong Cheng). Antara isi penting yang disentuh oleh Ibu adalah berkenaan dengan peribadi/ciri-ciri seorang pemimpin yang perlu dijadikan amalan untuk menjadi pemimpin hebat yang dihormati.
Pelbagai aktiviti telah diatur sepangjang hari kem berlangsung antaranya ialah beberapa slot LDK dan Explorace. Antara permainan yang menarik minat peserta adalah permainan otak, permainan tayar gergasi & rakit. Fasilitator yang terdiri daripada 3 orang SST iaitu En. Mohd. Rohimi b. Dollah (SK Paloh, Pintu Geng), Pn. Norizwani bt. Zakaria (SK Salor) dan Pn. Salina Ahmad (SK Kem Pengkalan Chepa) telah menggunakan beberapa teknik seperti NLP, HIPNO & GAMES untuk memastikan aktivitinya kreatif dan menarik.
Pihak penganjur melahirkan rasa bersyukur dan berpuas hati dengan kejayaan kem ini dan di mana kem ini telah memberikan impak yang cukup bermakna ke dalam hati para peserta iaitu bakal pemimpin kita pada masa hadapan.

Sunday, 5 February 2017
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Program anjuran bersama Unit HEM kolaborasi Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Seri Ketereh dan IPDKB Cawangan JPJKK ini dilaksanakan pada 5 Februari 2017 (Ahad) telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed Rohim b. Mohamed. Majlis turut dihadiri wakil dari IPD Kota Bharu iaitu Sarjan Rosimi bin Musa (IPDKB), Kopral Khairi bin Md. Nor (IPDKB) dan Kopral Abdul Rahim bin Abdullah (Polis Penghubung - Balai Polis Ketereh).
Program ini bertujuan mewujudkan komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaaan undang-undang dan mencegah salah laku di kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak diharap dapat memastikan risiko salah laku di kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

Majlis perasmian turut dilancarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.
Subscribe to:
Comments (Atom)